Takaful Great Eastern

Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut

catatan / self note / buka minda sikettttt !!!!!


Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans. 

Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent  Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.

Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Apa komen kau?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara-perkara penting sebelum anda sign borang daftar insurans. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda. Dan jawab pula, kena jujur serta tak boleh berbelit-belit. Know your rights.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama. Kalau beza pun, dalam Rm1-2 ringgit kot. Tapi rasanya tidak ada beza sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.

Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda. Bergantung jika anda nak focus kepada perlidungan accident ke, perlindungan kewangan ke, long term saving ke atau sebagainya. Pelan akan di-construct based on apa yang anda nak, dan bajet anda.

Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Setiap tahun anda boleh dapat deviden yang amat tinggi dari ASB while insurans hanyalah bergantung kepada Cash Value. Itu pun kena tunggu bertahun-tahun baru boleh cecah more than RM10,000. Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat membantu bayar RM50,000 untuk satu pembendahan.

Pernah tak korang tengok iklan seumpama ini:




"Kami perlukan sumbangan RM50,000 segera untuk membantu bayar kos pembedahan anak kami yang dalam keadaan kritikal di ICU". 

"Satu keluarga merempat setelah kematian suami dan hilang punca rezeki" 

"Bayi 3 tahun mengalami kompilasi jantung dan perlukan sumbangan iklas RM40,000 dengan segera." 



Well, anda tak akan perlukan iklan dan berita macam tu kalau anda ada insurans. Jika anda masuk hospital disebabkan accident atau apa-apa jangkitan dan penyakit etc, just tunjukkan Medical Card dan serta merta anda akan di-proceed untuk rawatan / pembedahan. Insurans untuk kehilangan punca rezeki pun ada kalau anda mahu.

Based on pelan B Gadis Comel, kalau aku ambil insurans pastu setiap tahun aku masuk hospital, macam mana?
Pelan dia memperuntukan RM50,000 setiap tahun. Maksudnya, setiap tahun anda ada 'simpanan' RM50,000 yang boleh digunakan untuk bayar bil perubatan / hospital je. Tak boleh guna untuk joli. Kalau RM50,000 tu dah habis dan nak guna lagi, dia boleh 'renew'. Tapi kena up harga sikit.


Merujuk kepada pelan Gadis Comel, apa yang akan berlaku jika dia mati ketika accident?
Anak / Waris dia akan mendapat RM50,000 + RM50,000 = RM100,000.

Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada.

Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga  tidak akan mendapat pampasan.

Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar. But a super good agent akan bayarkan dulu kemudian tunjukan Official Receipt tu kat korang untuk claim dari korang.

Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.

Tidak Berkait 2.
Andai kata time drive nak pergi clubbing dengan pakwe makwe bergaya, malaikat datang cabut nyawa anda. Selepas mati tu, kereta tidak dikawal dan anda terus accident  Kalau ada forensik dapat buktikan anda mati sebelum accident, keluarga anda akan dapat pampasan kematian je.

Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.

Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?




Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure). Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.

Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Sebenarnya, segala bill 30 hari sebelum masuk ward dan 90 hari selepas masuk ward untuk satu kes utama, boleh di claim balik.

Sebagai contoh:
Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim. 
Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
Jumlah bill RM2000
Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward. 
Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata. Memang nak kena ah tu.
Dan semua bill di hospital tu dibayar directly oleh syarikat insurans. Anda MUNGKIN perlu bayar diposit terlebih dahulu kepada hospital swasta yang kemudiannya boleh diclaim balik.


Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
The truth is, fungsi agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, dia nak keluarkan RM10,000 dari polisi dia; semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.

Jika hari ni aku beli insurans, selepas tu esok lusa aku mati accident, adakah anak / keluarga aku akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi aku tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata

"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?" 

Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.

Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital swasta amat mahal.

So, kalau aku tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah aku.
Sebenarnya tidak, apa yang anda bayar, anda akan dapat balik termasuk dengan pelaburan dan saving (EDIT: Maybe not 100% - I will confirm this later) Ini anda akan dapat setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Dengan kata lain, jumlah Maturity cheque adalah lebih banyak dari jumpa overall yang anda bayar secara keseluruhan.

Dengan kata lain, duit anda tetap anda dapat. Tak ada unsur riba, judi dan sebagainya.

Kalau aku ada silap fakta, sila bagi tahu ya?