TOPIK HANGAT PADA MASA KINI
PERBEZAAN ANTARA INSURAN KONVENSIONAL DAN TAKAFUL?
Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersepakat bahawa hukum mengambil serta mempromosikan insuran konvensional adalah haram. Hal ini kerana insuran yang berlandaskan konvensional adalah berasaskan riba.
Namun, pada hari ini masih terdapat invididu muslim yang masih mengambil produk insuran konvensional atas faktor kurang ilmu dan keuntungan. Memang tidak dapat dinafikan kelebihan atau manfaat yang ditawarkan melalui produk insuran konvensional adalah lebih baik dan menguntungkan.
Berikut adalah beberapa perbezaaan antara insuran konvensional dan takaful.
Caruman setiap bulan
Insuran konvensional
Setiap caruman yang dibayar adalah terus kepada syarikat takaful dan menjadi hak mereka. Ini bermakna, syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar setiap manfaat dan tuntuan yang dibuat oleh pembayar caruman.
Takaful
Setiap caruman yang dibayar adalah dimasukkan ke dalam satu skim / tabung takaful yang dikendalikan oleh syarikat takaful yang kenali sebagai pengendali takaful. Melalui skim atau tabung takaful tersebut, setiap peserta sebenarnya menjamin atau membantu antara satu sama lain.
Selain itu, wang yang diterima juga bukan hak milik syarikat takaful kerana tugas syarikat takaful hanya untuk mengendali tabung takaful tersebut.
Pelaburan
Insuran konvensional
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat takaful adalah berlandaskan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira patuh Shariah. Keuntungan yang diterima oleh syarikat takaful melalui pelaburan tersebut adalah hak milik penuh syarikat.
Takaful
Pelaburan yang dibuat pula adalah berlandaskan pelaburan yang patuh Shariah dan jauh dari riba. Manakala keuntungan yang diterima adalah hak milik skim atau tabung takaful tersebut selepas menolak kos-kos operasi.
Lebihan / keuntungan
Insuran konvensional
Setiap lebihan dari insuran yang diterima adalah hak milik syarikat insuran.
Takaful
Setiap lebihan akan dibahagi kepada setiap peserta setiap tahun.
Tuntutan
Insuran konvensional
Setiap tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi akan dibayar oleh syarikat insuran sendiri mengikut pelan insuran yang diambil.
Takaful
Tuntuntan yang dibuat oleh peserta pula akan dibayar menggunakan duit tabung takaful tersebut yang dikendalikan oleh syarikat takaful. Takaful menggunakan konsep derma dan tolong menolong
Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan