Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut

i-Great Iqra' ( pelan simpanan dan perlindungan pendidikan kanak-kanak)

i-Great Iqra’

Merancang Hari Ini Untuk Esok Sebagai ibubapa, kita sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kehidupan anak kita terjamin di masa akan datang, dan cara yang sebaiknya adalah dengan menyediakan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. Asas yang stabil dan kukuh amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk mengorak langkah melalui perjalanan hidup ini

Kepentingan pendidikan juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas setiap orang Islam.”

Sentiasa bersikap berhati-hati dan bersedia untuk masa hadapan mulai sekarang. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menyediakan pelantar untuk anak-anak melonjak ke arah karier yang disegani. Realisasikan impian mereka dengan i-Great Iqra’. Berjimat dari sekarang dan saksikan dana pendidikan anak anda berkembang dengan peruntukan pelaburan yang meningkat dan pada masa yang sama dapatkan perlindungan dari perkara yang tidak diduga.

Apakah yang terdapat di dalam i-Great Iqra’?

1- Tabungan untuk Pendidikan Anak 

Anda i-Great Iqra’ memberi ganjaran kepada anda melalui kadar peruntukan yang berpatutan dengan caruman dari hanya RM100 sebulan. Pelaburan yang lebih akan dapat mereliasasikan impian anak anda untuk mencapai matlamat pendidikan yang sewajarnya dengan lebih cepat.

2-Perlindungan untuk Anak Kesayangan Anda

Dengan pelan ini, orang yang anda sayangi akan dilindungi daripada perkara yang tidak diduga. Sekiranya berlaku kematian, jumlah perlindungan asas ( Dibayar daripada Dana Tabarru’ merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini) dan jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (PUA) ( PUAadalah akaun bagi unit yang diperuntukkan, bergantung kepada jumlah caruman yang dibayar) akan dibayar. Perlindungan kewangan juga akan diberikan sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD).

3-Ganjaran untuk Prestasi Anak Anda

Insentif berbentuk wang tunai sekiranya anak anda berjaya meraih
keputusan peperiksaan yang cemerlang.


*Tertakluk kepada terma dan syarat.




Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan