Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut

catatan / self note / buka minda sikettttt !!!!!


Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans. 

Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent  Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.

Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Apa komen kau?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara-perkara penting sebelum anda sign borang daftar insurans. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda. Dan jawab pula, kena jujur serta tak boleh berbelit-belit. Know your rights.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama. Kalau beza pun, dalam Rm1-2 ringgit kot. Tapi rasanya tidak ada beza sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.

Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda. Bergantung jika anda nak focus kepada perlidungan accident ke, perlindungan kewangan ke, long term saving ke atau sebagainya. Pelan akan di-construct based on apa yang anda nak, dan bajet anda.

Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Setiap tahun anda boleh dapat deviden yang amat tinggi dari ASB while insurans hanyalah bergantung kepada Cash Value. Itu pun kena tunggu bertahun-tahun baru boleh cecah more than RM10,000. Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat membantu bayar RM50,000 untuk satu pembendahan.

Pernah tak korang tengok iklan seumpama ini:




"Kami perlukan sumbangan RM50,000 segera untuk membantu bayar kos pembedahan anak kami yang dalam keadaan kritikal di ICU". 

"Satu keluarga merempat setelah kematian suami dan hilang punca rezeki" 

"Bayi 3 tahun mengalami kompilasi jantung dan perlukan sumbangan iklas RM40,000 dengan segera." 



Well, anda tak akan perlukan iklan dan berita macam tu kalau anda ada insurans. Jika anda masuk hospital disebabkan accident atau apa-apa jangkitan dan penyakit etc, just tunjukkan Medical Card dan serta merta anda akan di-proceed untuk rawatan / pembedahan. Insurans untuk kehilangan punca rezeki pun ada kalau anda mahu.

Based on pelan B Gadis Comel, kalau aku ambil insurans pastu setiap tahun aku masuk hospital, macam mana?
Pelan dia memperuntukan RM50,000 setiap tahun. Maksudnya, setiap tahun anda ada 'simpanan' RM50,000 yang boleh digunakan untuk bayar bil perubatan / hospital je. Tak boleh guna untuk joli. Kalau RM50,000 tu dah habis dan nak guna lagi, dia boleh 'renew'. Tapi kena up harga sikit.


Merujuk kepada pelan Gadis Comel, apa yang akan berlaku jika dia mati ketika accident?
Anak / Waris dia akan mendapat RM50,000 + RM50,000 = RM100,000.

Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada.

Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga  tidak akan mendapat pampasan.

Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar. But a super good agent akan bayarkan dulu kemudian tunjukan Official Receipt tu kat korang untuk claim dari korang.

Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.

Tidak Berkait 2.
Andai kata time drive nak pergi clubbing dengan pakwe makwe bergaya, malaikat datang cabut nyawa anda. Selepas mati tu, kereta tidak dikawal dan anda terus accident  Kalau ada forensik dapat buktikan anda mati sebelum accident, keluarga anda akan dapat pampasan kematian je.

Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.

Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?




Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure). Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.

Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Sebenarnya, segala bill 30 hari sebelum masuk ward dan 90 hari selepas masuk ward untuk satu kes utama, boleh di claim balik.

Sebagai contoh:
Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim. 
Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
Jumlah bill RM2000
Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward. 
Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata. Memang nak kena ah tu.
Dan semua bill di hospital tu dibayar directly oleh syarikat insurans. Anda MUNGKIN perlu bayar diposit terlebih dahulu kepada hospital swasta yang kemudiannya boleh diclaim balik.


Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
The truth is, fungsi agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, dia nak keluarkan RM10,000 dari polisi dia; semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.

Jika hari ni aku beli insurans, selepas tu esok lusa aku mati accident, adakah anak / keluarga aku akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi aku tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata

"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?" 

Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.

Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital swasta amat mahal.

So, kalau aku tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah aku.
Sebenarnya tidak, apa yang anda bayar, anda akan dapat balik termasuk dengan pelaburan dan saving (EDIT: Maybe not 100% - I will confirm this later) Ini anda akan dapat setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Dengan kata lain, jumlah Maturity cheque adalah lebih banyak dari jumpa overall yang anda bayar secara keseluruhan.

Dengan kata lain, duit anda tetap anda dapat. Tak ada unsur riba, judi dan sebagainya.

Kalau aku ada silap fakta, sila bagi tahu ya?

i-Great Iqra' ( pelan simpanan dan perlindungan pendidikan kanak-kanak)

i-Great Iqra’

Merancang Hari Ini Untuk Esok Sebagai ibubapa, kita sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kehidupan anak kita terjamin di masa akan datang, dan cara yang sebaiknya adalah dengan menyediakan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. Asas yang stabil dan kukuh amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk mengorak langkah melalui perjalanan hidup ini

Kepentingan pendidikan juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas setiap orang Islam.”

Sentiasa bersikap berhati-hati dan bersedia untuk masa hadapan mulai sekarang. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menyediakan pelantar untuk anak-anak melonjak ke arah karier yang disegani. Realisasikan impian mereka dengan i-Great Iqra’. Berjimat dari sekarang dan saksikan dana pendidikan anak anda berkembang dengan peruntukan pelaburan yang meningkat dan pada masa yang sama dapatkan perlindungan dari perkara yang tidak diduga.

Apakah yang terdapat di dalam i-Great Iqra’?

1- Tabungan untuk Pendidikan Anak 

Anda i-Great Iqra’ memberi ganjaran kepada anda melalui kadar peruntukan yang berpatutan dengan caruman dari hanya RM100 sebulan. Pelaburan yang lebih akan dapat mereliasasikan impian anak anda untuk mencapai matlamat pendidikan yang sewajarnya dengan lebih cepat.

2-Perlindungan untuk Anak Kesayangan Anda

Dengan pelan ini, orang yang anda sayangi akan dilindungi daripada perkara yang tidak diduga. Sekiranya berlaku kematian, jumlah perlindungan asas ( Dibayar daripada Dana Tabarru’ merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini) dan jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (PUA) ( PUAadalah akaun bagi unit yang diperuntukkan, bergantung kepada jumlah caruman yang dibayar) akan dibayar. Perlindungan kewangan juga akan diberikan sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD).

3-Ganjaran untuk Prestasi Anak Anda

Insentif berbentuk wang tunai sekiranya anak anda berjaya meraih
keputusan peperiksaan yang cemerlang.


*Tertakluk kepada terma dan syarat.




Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com

Kelebihan Medical Card Great Eastern takaful

Ada yang bertanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Medikal Kad Great Eastern Takaful?
Apa kelebihan Medikal Kad Great Eastern Takaful berbanding yang lain?

Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk Medikal Kad dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

2-Towing service

Sekiranya anda merupakan pemegang Medikal Kad dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.

3-Medical Card TIADA Ko-Takaful

Great Eastern Takaful menawarkan medikal kad dengan pilihan Tanpa Ko Takaful. Pelanggan boleh menaik taraf bilik (Room & Board) tanpa bimbang dgn bayaran bill hospital yg mahal. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar beza harga bilik yg dinaiktaraf,cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medikal Kad .

4-Had Medikal Kad seumur hidup yang tinggi

Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medikal Kadnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.

5-Khairat kematian yang kompetitif

Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.

6-Elaun MC akibat kemalangan

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

7- Elaun Hospital

Sekiranya anda ditahan wad anda akan diberi elaun serendah RM50 utk sehari (minimum 8jam), dengan elaun Hospital ini anda dapat menggunakan sebagai ganti rugi kerana anda hilang pendapatan kerana tidak bekerja mengikut berapa hari anda berada di Hospital.

8- Penyakit Awal Kritikal

Apabila seseorang sudah disahkan oleh doktor mengalami penyakit kritikal pada peringkat awal sudah boleh membuat tuntutan.

Contohnya:
Seseorang disah kegagalan sebelah buah pinggang, tuntutan sudah boleh dibuat untuk membuat rawatan seterusnya.

9- 36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-

1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
3. Penggantian Injap Jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumor Otak
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. Penyakit Alzheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom Apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang Keupayaan Diri
18. Hilang Penglihatan
19. Hilang Pendengaran
20. Hilang Pertuturan
21. Kanser
22. Anaemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar Teruk
26. Kegagalan Buah Pinggang
27. Penyakit Hati Kronik
28. Hepatitis Virus Fulminan
29. Serangan Jantung
30. Penggantian Injap Jantung
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakit Paru-Paru
36. Distrofi Otot

Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.





Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com

KONVENSIONAL VS TAKAFUL

TOPIK HANGAT PADA MASA KINI

PERBEZAAN ANTARA INSURAN KONVENSIONAL DAN TAKAFUL?



Bismillah....

Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersepakat bahawa hukum mengambil serta mempromosikan insuran konvensional adalah haram. Hal ini kerana insuran yang berlandaskan konvensional adalah berasaskan riba.

Namun, pada hari ini masih terdapat invididu muslim yang masih mengambil produk insuran konvensional atas faktor kurang ilmu dan keuntungan. Memang tidak dapat dinafikan kelebihan atau manfaat yang ditawarkan melalui produk insuran konvensional adalah lebih baik dan menguntungkan.

Berikut adalah beberapa perbezaaan antara insuran konvensional dan takaful.

Caruman setiap bulan

Insuran konvensional 
Setiap caruman yang dibayar adalah terus kepada syarikat takaful dan menjadi hak mereka. Ini bermakna, syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar setiap manfaat dan tuntuan yang dibuat oleh pembayar caruman.

Takaful
Setiap caruman yang dibayar adalah dimasukkan ke dalam satu skim / tabung takaful yang dikendalikan oleh syarikat takaful yang kenali sebagai pengendali takaful. Melalui skim atau tabung takaful tersebut, setiap peserta sebenarnya menjamin atau membantu antara satu sama lain.

Selain itu, wang yang diterima juga bukan hak milik syarikat takaful kerana tugas syarikat takaful hanya untuk mengendali tabung takaful tersebut.

Pelaburan

Insuran konvensional
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat takaful adalah berlandaskan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira patuh Shariah. Keuntungan yang diterima oleh syarikat takaful melalui pelaburan tersebut adalah hak milik penuh syarikat.

Takaful
Pelaburan yang dibuat pula adalah berlandaskan pelaburan yang patuh Shariah dan jauh dari riba. Manakala keuntungan yang diterima adalah hak milik skim atau tabung takaful tersebut selepas menolak kos-kos operasi.

Lebihan / keuntungan

Insuran konvensional
Setiap lebihan dari insuran yang diterima adalah hak milik syarikat insuran.

Takaful
Setiap lebihan akan dibahagi kepada setiap peserta setiap tahun.

Tuntutan

Insuran konvensional
Setiap tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi akan dibayar oleh syarikat insuran sendiri mengikut pelan insuran yang diambil.

Takaful
Tuntuntan yang dibuat oleh peserta pula akan dibayar menggunakan duit tabung takaful tersebut yang dikendalikan oleh syarikat takaful. Takaful menggunakan konsep derma dan tolong menolong







Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com

APAKAH MAKSUD TAKAFUL?



Ramai yg tertanya-tanya apakah itu takaful? Adakah ianya sama dengan insuranse Konvensional? Bagaimanakah ianya beroperasi? Adakah ia patuh syariah dan bermacam-macam lagi pertanyaan berkaitan dengan TAKAFUL. Disini saya sediakan sedikit coretan yang ringkas dan mudah untuk difahami berkaitan dengan takaful.

Bismillah,
Apa Itu Takaful?

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Konsep ini bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama). Istilah Takaful yang digunakan dalam perniagaan adalah konteks insurans yang dijalankan secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Takaful yang ingin saya kongsikan di sini adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari). Sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sitem islam iaitu Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk memastikan perniagaan ini tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, pemilik syarikat Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”............

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

SEKIAN





Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com


Medical Card Great Eastern

Anda sudah pun berada selangkah di hadapan untuk memiliki medical card anda sendiri!!!

Nampaknya permintaan dan pertanyaan untuk medical card sangat menggalakkan ya. Ramai yang bertanya mengenai pelan ini, sama ada untuk diri mereka atau ahli keluarga yang lain. Jadi saya merasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai topik hangat ini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada mereka yang singgah di blog saya. Alhamdulillah, pengguna kita telah boleh memiliki banyak pilihan untuk Medical Card Takaful. Memilih yang halal itu adalah wajib bagi kita seorang Muslim. Saya tidak mahu huraikan lebih lanjut mengenai hukum insurans konvensional di sini, tetapi saya ingin kongsikan kelebihan Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful.
 Contoh Gambar Medical Card Great Eastern
Sekiranya anda adalah seorang yang inginkan produk yang Halal dan berlandaskan Syariah, semestinya anda akan mencari Medical Card Takaful daripada syarikat takaful di Malaysia. Antara Medical Card Takaful yang agak femes dan sering meniti dari bibir ke bibir adalah Pru BSN, AIA Public Takaful,  dan juga MAA Takaful. Jadi, apabila disebut Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful, ramai yang ingin mengetahui, apa hebatnya Medical Card Takaful dari GE Takaful? Dalam posting kali ini, saya tidak ingin membuat comparison dengan pengendali Takaful yang saya nyatakan tadi, Sehubungan dengan itu, anda boleh membuat perbandingan sendiri yang manakah menawarkan Medical Card Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga.
Saya boleh memberi jaminan kepada anda Great Estern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! Namun begitu, sebagai seorang customer, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya jamin, anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eatern mempunyai kelebihan seperti berikut:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi
Dengan caruman bulan RM200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM100,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care.

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi
Medical card untuk Room & Board bernilai RM150 Great Eastern memberikan had tuntutan seumur hidup berjumlah RM900,000 dan had tahunan RM90,000.  Had tahunan Medical Card ini juga akan bertambah sebanyak 10% untuk setiap tiga tahun sekiranya tiada tuntutan!

3) Pilihan Tanpa Ko-Takaful dan yang mempunyai Ko-Takaful adalah lebih rendah
Medical Card Great Eastern Takaful didatangkan dengan pelbagai pilihan untuk pelanggan, samada mempunyai Ko-Takaful ataupun TIADA ko-takaful (kira mcm tiada bayaran DEPOSIT ye) bergantung kepada bajet dan keperluan pelanggan. Namun Great Eastern Takaful mengenakan caj co-takaful adalah sangat rendah. Great Eastern Takaful hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja.*wow berpatutan kan?
Ramai pelanggan Great Eastern Takaful yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya
Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing!
Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.
5) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80 tahun !!!
Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak adalah Great Eastern Takaful punyai medical card terus melindungi pemegang polisi sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang lain pencarum terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80 tahun. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern.
Jadi, saya telah buat perbandingan untuk anda membuat keputusan yang selesa dan tepat untuk memilih medical card terbaik! Hubungi saya segera sebelum dan jangan tangguh lagi kerana kita tidak mengetahui bila kejadian dan takdir yang tidak diingini akan berlaku kepada kita.
6) Medical Card Kalis Inflasi
Ciri tambahan pada Medical Card Greast Eastern Takaful adalah kenaikan Had Bilik Penginapan Setiap 3 tahun secara automatik samada ada tuntutan atau sebaliknya. Sekiranya anda menyertai pelan bilik penginapan RM200 sekarang, had ini akan dinaikkan sehingga 100% iaitu RM400 dalam masa 30 tahun! Inilah yang dinamakan kalis inflasi, kerana dalam masa 30 tahun lagi, kemungkinan besar tiada lagi bilik penginapan berharga RM200 dan untuk upgrade pakej medical card pastinya akan bertambah bayaran sumbangan setiap bulan. Inilah kehebatan Medical Card Great Eastern Takaful berbanding takaful operator yang lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Medical Card ini, anda boleh hubungi saya di talian 011-1228 2246 or 017-257 4494

Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com