Bismillah,
Apa Itu Takaful?
Takaful yang ingin saya kongsikan di sini adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari). Sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sitem islam iaitu Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk memastikan perniagaan ini tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, pemilik syarikat Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”............
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.
SEKIAN
Hafiz Rashid
Perunding Great Eastern Takaful
011-1228 2246 / 017-257 4494
hafiztakafulge.gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan